Skip to main content

Daftar Pemilih Tambahan Jun 2022 Dibuka Untuk Semakan – SPR

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2022 (DPT BLN6/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan bagi tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 17 Ogos.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata DPT BLN6/2022 itu mengandungi nama bagi 38,786 warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas bagi tempoh 1 Jun hingga 30 Jun 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Beliau berkata DPT BLN6/2022 juga turut membabitkan sejumlah 10,414 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,591 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

Untuk semakan, beliau berkata SPR menyediakan lima kaedah iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my dan portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

Selain itu, semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak dan hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Jun hingga 30 Jun 2022 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN6/2022.

”Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN6/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C (tuntutan) melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D (bantahan) dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

“Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN6/2022,” katanya. – BERNAMA

[[ TEKAN DISIN UNTUK SEMAK DAFTAR PEMILIH ]]


Comments

A Kadir Jasin

Aliran (NGO)

Ameno World

anilnetto

Another Brick in the Wall

M. Bakri Musa

Berita Benar

Benar News

Berita Kini

BERNAMA -

Bersih 2.0 (NGO)

BH Online - Terkini

Bridget Welsh - Political Analysts

Chedet

Cinca

DAP Malaysia – Statements

DetikDaily Online

Din Merican: the Malaysian DJ Blogger

Dr. Wan Hasni (NGI)

Fakta TV

FinanceTwitter

Free Malaysia Today

Gemilang Daily

Harakah Daily Nasional

Helen Ang

KeadilanDaily Berita

Kosmo Digital

KTemoc Konsiders ...

Kosmo Digital

Lim Kit Siang

LoyarBurok

MAGICK RIVER

Malaysiakini - berita

Malaysiakini - News

Malaysia Corruption Watch (MCW)

Malaysia Gazette

Malaysians Must Know the TRUTH

Malay Mail - Malaysia

Malaysia Harmoni

Metro - utama

Minda Rakyat

MOVEMENT FOR MONETARY JUSTICE MALAYSIA

Mohd Sayuti Omar

MY KMU

MyNewsHub

My TV ONLINE

NST Malaysia Latest News

NST Singapore Asia News

Orang Perak (NGI)

OutSyed The Box

Pakat-Pakat Kalih (Otai Reformasi)

Pakdin

PAS - Berita

Presiden PAS

Rafizi Ramli

RPK MalaysiaToday

Sarawak Report

SINAR HARIAN (News)

SINARHARIAN – Nasional

SINARHARIAN – Politik

Sinar Premium

SnapShot (TheUnspinners)

SoZCyili

SUARA TV

Sulaimansallehkuis2

STEADYAKU47

THE DEVOURED SAVIOUR

The Edge Corporate

The Edge Malaysia

The Edge Politics + Government

The Malaysian Insight

The Mole

The Star

The Sun Business

The Sun Local News

The Sun World News

The Third Force

Tukar Tiub

Tun Carlos

UMNO Online

Utama Daily

WANGSA DAILY

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI