KUALA LUMPUR, 19 Julai – Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2022 (DPT BLN6/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan bagi tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 17 Ogos. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata DPT BLN6/2022 itu mengandungi nama bagi 38,786 warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas bagi tempoh 1 Jun hingga 30 Jun 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Beliau berkata DPT BLN6/2022 juga turut membabitkan sejumlah 10,414 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,591 pemilih bertukar status atau kategori pengundi. Untuk semakan, beliau berkata SPR menyediakan lima kaedah iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my dan portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my. Selain itu, semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov...
pasca pru-14